DNF haha

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sejak sejak ni hiking compress asyik kena kecam je dengan hikers camping. Huhu. Tatahulah kenapa. Aku pun bukan compresser mahupun camping punya orang. Mungkin pelancong gunung semata.

Baru baru ni aku pergi satu trip compress untuk pertama kalinyaaaaa. Sebelum sebelum ni aku cuma pernah join compress compress santai gitu ja.

TNBYY dayhike. 44 km. Menjelajah Gunung Tok Nenek Bubu dan Yong Yap (G7) melalui Rengil.
Target maksimum 24 jam. 

Betullah mereka kata, nak jadi compresser ni perlu mental padu dan latihan yang super duper padu.
Macam bari pernah cakap, ''Kalau nak jadi compresser hari hari kau kena lari kat stadium, cari fitness. Workout macam saitama buat.'' Haha lol. Bari dan saitamanya. 


Aku bukanlah atlet. Bukan runner. Hanya sekadar mencuba cuba. Hahaha.
Kena kecam nanti aku ni hahaha. 

Lineup baru baru ni lapan orang. Gogo sweeper jentik, guide en wahid. lineup semua padu padu kecuali aku dan sobat. Keduanya nubis yang mencuba cuba.

Aku taktaulah apa masalahnya, mungkin sebab tak pernah pernah guna sandal, aku guna sandal untuk harung sungai. Sandal tu macam besar sikit. Okay. Dengan trek barai sebab tengah musim monsun timur laut lagi. Sepanjang perjalanan lecak dan selut bersepah. Elak elak buat lagi penat. Last last langgar ja haha.

Perjalanan ke puncak tok nenek. 
Mungkin sebab perjalanan yang terlalu landai sampai penat plus sandal plus selut plus sejuk air sungai tinggi lagi dari paras lutut buat aku rasa landai tu lama sangat. Sangat sangat lama. Melalui 4 sungai, 1 sungai besar (nasib baik ada tali rentas sungai tu. Kalau dak risiko hanyut memang tinggi oi. Air dahlah deras).

Starting point
Kem lengkuas
Kem botol
Kem hari
Kem berlumut
Puncak tok nenek

Ini je pun. Tapi sehala dah 18 kn. Dem hahahaha. Jauh gila.


Dari awal perjalanan, aku dan sobat dah stay ja dengan sweeper. Pace kami memang agak slow hahaha. Aku taktahu la apa masalahnya. Sobat pun pelik tengok pace selow lain macam. Diulangi. Aku salahkan sandal hahahahahahahah. 
Lepas berhenti solat subuh dekat lengkuas barulah celik sikit mata. Layan nescafe panas plus sandwich keju. Peh nikmat. Sambung lagi jalan. Masani sobat dah kena tinggal dengan sweeper. Jalan pace sendiri la katakan.   

Sampailah dekat pacak tok nenek. Pacak hanya bermula dari selepas Kem Hari sampailah puncak. Kawasan mossy berakar besar besar dan tinggi tinggi dan tak nak bawak bincang licin dia plus berbatu. Aku baru sedar. Sobat muka pucat teruk. Macam menahan sakit. Aku mula risau. 

Jentik mintak bagitau guide supaya stay kat puncak. Mau diskusi. 

Bincang bincang. Lepastu dapat keputusan sobat dengan guide turun tok nenek ke starting point semula. Makan painkiller pun tak berapa jalan. Sobat mintak aku turun sekali. Aku berat hati sebenarnya. Tapi betullah. Aku sayang juga kawan aku ni. Kesian pun ada. 

Maka we ols layanlah view tok nenek yang kadang belanja kadang tutup dalam sejam. Lepas je dorang turun ke puncak bubu. Kami sembang sembang lah dengan guide wahid. Haha. Nasib baik kelakar. 

Aku rasa guide ni pun kesian kat kitorang tak dapat habiskan peak bubu yong yap. Tapi nak buat camane kan. Kesihatan tidak mengizinkan. Sobat kena belanja tnbyy aku next trip! 

OTW turun, kami singgah makan makan dekat lengkuas dan singgah dekat hidden waterfall selepas crossing sungai kecik sebelum sampai starting point. Hidden waterfall tu cantikkkkkkk ngat. tapi air deras la of kos. Falls yang agak tinggi . Plus dinding dinding dia yang gelap tapi macam berkilat2 kena percik air. Lumut gelap. Hijau gelap. Suram tapi cantik. 



Will be back stronger. Caiyokkkkkkk!


Moral of the story
Study trek
Training jangan culas
Prepare ubat ubatan

Tok nenek single. 36km walking distance :D 
New achievement. 

Comments

Popular posts from this blog

Idc at all.. Im in lost..

Hidup dalam kotak 1.0