Dulu sejuk, sekarang hangat macam tahi
Hai. hahaha. Macam pelik. Tapi betul. Sebenarnya aku lupa dah aku ada blog, agagaggaga!
Tibatiba haritu ma lil sis cerita pasal ada orang duk stalk blog kamiorang, aku baru ada kesedaran yang lama hilang. Hahaha. Taktau nak terima kasih kat kamu ke macamana.
Okey. Okey. I had read through some of my previous posts, and guess what? Malu woi!
Hahaha. Tapi aku memang menulis untuk tatapan anda semua. Jadi bacalah. Teruskan..
Apa yang dulu sejuk sekarang panas?
Harini hari Jumaat jam 0200. Ye, dari semalam aku tergerak nak buat posting sebab terbongkarnya cerita pengendap. Hm. Okay.
Posting ini ditaip sambil mendengarkan (Geisha-Cinta dan Benci)
Membenci dirimu, sesungguhnya aku tak mampu
Sulit untuk ku bisa, sangat sulit ku tak bisa
Memisahkan segala cinta dan benci yang ku rasa
Hanya sekadar lirik lagu.
Cukuplah itu je pun kamurang perlu tau. Yang lain lain, aku simpan. Kalau aku tak kena apa apa amnesia ke nyanyuk ke, InshaAllah aku ingat. Kalau tak, takde rezekilah untuk aku simpan dalam memori karat aku. Haha.
Apa yang dulu sejuk sekarang panas?
Hobi aku.
Apa?
Mendaki @ hiking.
Kenapa hiking?
Orang pun selalu tanya kepada aku. Sebenarnya aku pun tak tau. Bukan baru sekarang aku mula mula hiking, dari dulu lagi. Bukit pertama? Broga! Itupun masa zaman sekolah dahulu kala. Datuk! Zaman sekolah juga.
Lepastu ada lagi siri-siri seterusnya. Tapi macamtu jelah. Suam suam kuku. Hangat hangat chicken shit. Kenapa sekarang? Zaman universiti ni. Zaman yang penuh pancaroba ni,
Hahaha. Entah.
Sampai sekarang aku pun tak tahu. Aku cuma suka penat. Suka berpeluh. Suka mengah mengah. Dahlah gemuk. Kuat makan. Lambat. Tapi aku tau satu benda. Aku suka aku fit. Cergas! Aku memang tak suka @ anti gila gila gila dengan sukan! Sukan apa je aku mampu main?
Bola baling ? Tak reti!
Bola tampar? Tangan sakit je lebih.
Badminton? Mak aku lagi hebat. Aku pandai bersilat silat tengah gelanggang je.
Senang cerita semua game rebut rebut bola memang tak reti la. Main bola beracun pun boleh elak sebab sorok belakang member. Kesian member. Orang target aku, orang depan aku kena. Wakakakaka! Padan muka korang.
Sekarang tengah main lagu ST 12 - Jangan Pernah Berubah
Haha.
Lari? Jarak jauh sikit sikit bolehlah. Itupun seciput je. Mengah tetap mengah.
Sekarang pencapaian kendiri aku sendiri dah ada lah sikit sikit.
Aku khususkan dalam bidang mendaki.
Bermula dari cuma Broga dengan Datuk je dari mulut aku, aku berjinak jinak. Sedikit demi sedikit. Mungkin perlahan. Mungkin tak berapa berkembang. Tapi aku suka. Aku seronok.
Mana je yang pernah aku pergi? Hahaha
Bukit Batu Putih
Bukit Saga
Bukit Berkelah
Bukit Kutu
Bukit Senaling
Gunung Tok Wan
Gunung Angsi
Bukit Maras
Gunung Berembun
Gunung Telapak Buruk
(Berembun + Telapak Buruk setakat ni masih menjadi yang paling barai hahaha. Dan koyak view)
Gunung Besar Hantu (setakat ni paling tinggi, fuhh fuhh)
Gunung Ledang
Bukit Besi
Bukit Gasing
Denai Tiga Puteri
Bukit Melati
Biasa biasa je. Tapi inilah pencapaian aku.
Soon! Trans Naning!
Nak Gunung Jono!
Nak Rajah!
Nak CBL!
Nak Baha Ayam!
Nak Nuang!
Nak sana! Nak sini!
Nak situ! Nak sinun!
Semua aku nak!
Aku tau aku nak! Aku nak!
Dalam dalam banyak banyak ni. Aku makin banyak kenalan. Haha. Macam pelik. Aku sebenarnya bukan pandai sangat berkawan. Aku kenal rapat sikitlah dengan kiki, fm, huhu, faqi, abel, yunyun, surirumah dan ramai lagi. Hahaha.
Terima kasih sebab sudi terima ajakan aku ke mana mana.
Biar patah hati ku
Biarkanlah
Aku sedar je sebenarnya. Aku hiking macam nak lepas geram. Hahaha.
Aku sedar je. Kadang kadang macam cuba nak buktikan sesuatu.
Bukan kadang-kadang. Selalu. Masih. Tapi mungkin sekarang dah perlahan sikit.
Mungkin cara aku ukur pencapaian dah berubah.
Itu jelah kot,
Aku bukan macam abel, "nak masuk hutan, dengar bunyi hutan je yu''
Aku tak tahu macam mana. Cuma terkadang aku rindu.
Hahaha, itu aja. Nak harap benda yang dah berlalu berulang balik. Itu semua sampah. Harapan itu sampah. Kenangan aku simpan molek. Itupun kalau aku tak amnesiala. Macam aku cakap tadi.
Aku tak kutip sampah. Aku cuba elak buang sampah merata.
Itu cara aku.
Hhahaha. panjangnya aku membebel.
Aku taktaulah kalau kamurang ada jumpa point point yang aku cuba nak sampaikan.
Nak adili aku berdasarkan tulisan yang cetek ni? Terpulang.
![]() |
btw, sekarang ni nak masuk cuti semester sem 1 tahun 4. sesi 2018/ 2019.
Mudah mudahan perjuangan fyp fydp aku tak kecundang.
Nahayu Ismail as professional chemical engineer one day?
Aamin.
|
